Peperiksaan Pertengahan Tahun untuk tingkatan 6 atas telah bermula pada hari Jumaat yang lalu. Selamat maju jaya diucapkan, harap anda semua berjaya dengan cemerlang. Sementara itu, pelajar-pelajar Tingkatan 6 Bawah telah mula sesi pembelajaran. Malangnya, atas sebab-sebab tertentu, bangunan yang indah tersergam masih belum boleh digunakan ... maka kelas-kelas 6 Bawah terpaksa menumpang di bilik-bilik khas seperti makmal fizik, makmal komputer dan bilik simulasi. Diharap guru serta pelajar dapat bersabar dan sama-samalah kita berdoa agar masalah ini diatasi dengan segera.
Assalamualaikum,salam sejahtera,salam prauniversiti,salam 1Malaysia dan salam kunjung dari kami warga Majlis Perwakilan Pelajar Prauniversiti SMK Aminuddin Baki JB.Lawatilah portal rasmi kami di http://mpppusab.blogspot.com
ReplyDeleteSemoga kita dapat bertukar-tukar pendapat demi mencapai kecemerlangan prauniversiti.