Wednesday, January 27, 2010

Kokurikulum (1)









Aktiviti kokurikulum kali pertama untuk sesi persekolahan 2010 telah diadakan pada 27 Januari, bertempat di Dewan Bestari. Tepat jam 2.30 petang, guru-guru telah berkumpul di dewan dengan penuh semangat... malangnya, hanya beberapa kerat pelajar yang kelihatan! Setelah menunggu beberapa minit, kami berjaya mengumpulkan 21 orang daripada 90++ jumlah keseluruhan ... amat menyedihkan! Walau bagaimana pun, aktiviti tetap berjalan sambil pelajar beransur-ansur masuk ke dewan. Tuan Hj. Radhi telah memberikan taklimat ringkas dan diikuti dengan taklimat oleh Puan Zeta Ahtar, selaku ketua guru penasihat Kelab Penyelidikan.

Tepat jam 3 petang, pelajar tingkatan 6 ikut serta dalam aktiviti senamrobik bersama-sama para pelajar arus perdana. Dewan digamatkan dengan kemeriahan guru dan pelajar bersenam, tapi bukan itu sahaja.... dewan tambah gamat dengan nyanyian lagu Keranamu Malaysia. Wah, nampak bersemangat sungguh pelajar-pelajar SMKSB! Tahniah! Tahniah!

Sebaik sahaja selesai nyanyian lagu tersebut, kami dikejutkan dengan kehadiran Sarjan Mohd. Nor.... ingatkan nak buat spot check! Rupa-rupanya beliau hadir untuk memberikan taklimat dan peringatan kepada semua pelajar .... almaklumlah, sejak akhir-akhir ini banyak kes yang melibatkan pelajar sekolah telah berlaku di tempat kita. Nauzubillah... moga keluarga kita dijauhkan dari perkara-perkara buruk.

Setelah tamat taklimat dari Sarjan Mohd. Nor barulah aktiviti Kelab Penyelidikan dapat diteruskan bersama guru pembimbing masing-masing sehingga jam 5.10 petang.

Tuesday, January 26, 2010

Motivasi T6

Program Motivasi Pelajar Untuk Kecemerlangan STPM 2010 telah diadakan pada 25 Januari 2010 di Dewan Bestari dari jam 10.30 pagi hingga 1.10 tengahari.
Slot pertama dikendalikan oleh Tn. Hj. Mohd. Alias Saat. Para pelajar diberikan panduan mengisi borang headcount dan PATS berdasarkan keputusan peperiksaan akhir tahun 2009. Seterusnya, para pelajar menetapkan sasaran yang ingin dicapai dalam peperiksaan akan datang, dan yang paling penting STPM 2010.
Slot kedua dikendalikan oleh kaunselor, Pn. Rohaidah Md. Yassin. Adalah diharapkan para pelajar dapat menentukan hala tuju mereka selepas peperiksaan STPM nanti ... agar mereka semua mempunyai matlamat hidup, dan bukannya bergantung kepada nasib semata-mata!
Slot terakhir yang dikendalikan oleh ketua kaunselor, Pn. Izzah Supeni memberikan maklumat terkini mengenai peluang melanjutkan pelajaran ke institusi pengajian tinggi di Malaysia... apa yang pasti, semua pelajar mesti mempunyai hasrat dan cita-cita untuk belajar di universiti!
Kesimpulannya, calon-calon STPM 2010 harus menetapkan halatuju masing-masing demi mencapai kecemerlangan diri yang mutlak.





Pelantikan Pengawas PSS

Majlis Pelantikan Pengawas PSS diadakan pada 25 Jan. 2010, sewaktu perhimpunan mingguan hari Isnin. Pelantikan kali ini menyaksikan pertambahan bilangan pelajar Cina menjadi pengawas. Mungkinkah kemenangan PSS kita mendapat tempat ke2 di peringkat kebangsaan 2009 telah menarik minat para pelajar? Walau bagaimana pun, diharapkan mereka yang telah dilantik dapat memberikan komitmen yang tinggi untuk kecemerlangan PSS di masa akan datang. Tahniah kepada yang terlantik!


Monday, January 18, 2010

Pentauliahan Pengawas / Peny. & Kolokium




Majlis pentauliahan pengawas telah diadakan hari ini.


Ketua pelajar : Mohd. Khairudin (6AS)

Penolong ketua pelajar : Norshahida Adilla Shahmudin (6A1)


Di sebelah petang pula sesi Penyelidikan dan Kolokium dijalankan seperti di dalam jadual - jam 2 hingga 3.20 petang. Hari ini pelajar-pelajar diminta memilih topik dan tajuk kajian masing-masing. Segelintir pelajar yang menjadi AJK kelab dan persatuan pula menghadiri taklimat di Dewan Bestari.

Mesyuarat Kokurikulum

Mesyuarat Agung kelab dan persatuan telah diadakan seperti berikut :

Rabu : Unit beruniform
Khamis : Kelab Sukan dan Permainan
Jumaat : Persatuan akademik dan non-akademik

Pelajar-pelajar Tingkatan 6 tidak ketinggalan dalam mesyuarat tersebut. Sebagai tambahan, mesyuarat KEPTEN telah diadakan. Kali ini, mesyuarat diterajui oleh penasihat baru, iaitu Tn. Hj. Mohd. Yusuf Samdin. Selain itu, mesyuarat rumah sukan juga telah diadakan bagi memilih AJK yang bakal menerajui rumah sukan aliran perdana.

Sunday, January 17, 2010

Selamat Datang

PPU SMK Sg. Besar menerima 3 orang tenaga pengajar baru pada awal tahun ini. Mereka adalah En. Shamsuddin Abd. Rahman dan Puan Norhasliza Abd. Wahab, kedua-duanya dari SMK Ungku Aziz. Sementara itu, Puan Azizah Had tiba pada hari ketiga persekolahan... dari SMK Seri Bedena. Desas-desus mengatakan ada beberapa orang akan tiba tidak lama lagi ... nampaknya PPU penuh dengan kejutan!

Saturday, January 16, 2010

Mukaddimah PPU

Salam / hi,

Selamat datang 2010... selamat kembali ke sekolah tercinta, SMK Sungai Besar. Pastinya di awal tahun begini, ramai di antara kita yang mempunyai azam baru, selain daripada memperjuangkan azam-azam lama yang masih belum mampu direalisasikan. Semoga tahun 2010 membuka ruang dan peluang untuk kita semua memperbaiki diri dan seterusnya mencapai apa yang dihajatkan dan diusahakan selama ini.
Dengan ketibaan 2010, SMK Sungai Besar akan mencipta sebuah sejarah .... penjenamaan Pusat Persediaan Universiti! Walaupun premis belum siap sepenuhnya, sesi pengajian tetap diteruskan seperti yang dirancang. Beberapa siri mesyuarat dan taklimat telah diadakan bagi memantapkan lagi program ini.

Taklimat pertama telah diadakan pada Selasa, 5 Januari 2010 di Bilik Galeri. Di antara perkara yang telah dibincangkan adalah jadual waktu, carta organisasi serta pengurusan 4 buah folio. Menurut Penolong Kanan T6 ( Penolong Pengarah Kanan ), Tn. Hj. Mohd. Alias Saat, penjenamaan PPU ini akan menaiktaraf perjawatan tenaga pengajar, selain daripada menaiktaraf prasarana. Oleh itu, tenaga pengajar haruslah menambahbaik kaedah P&P agar setaraf dengan pendidikan di universiti. Antara yang paling ketara adalah penggunaan folio bagi menggantikan Buku Persediaan Mengajar.




Kursus Pengurusan Ting. 6 diadakan pada Sabtu, 9 Januari dari 8.30 pagi hingga 12.30 tengahari. Bersemangat sungguh tenaga pengajar PPU di SMK Sg. Besar, yang diketuai oleh Tn. Hj. Mohd. Alias! Semua tenaga pengajar diterangkan dengan jelas akan halatuju Tingkatan 6, jangkaan dan harapan serta perincian tugas guru. Sesi kedua diteruskan dengan taklimat Penulisan Ilmiah kerana bukan sahaja pelajar, malah tenaga pengajar juga dikehendakki menghasilkan 1 kertas projek dalam setahun... nampaknya sudah ada guru yang berangan-angan memilih tajuk seperti benih sawit mandul! Boleh terima ke?!? Seterusnya adalah taklimat Pengurusan dan Pelaksanaan Kokurikulum dan akhir sekali Pengurusan Folio dan Sistem Fail.
Mesyuarat Pengurusan Ting. 6 kali kedua diadakan pada Rabu, 13 Januari jam 3 petang hingga 5 petang. Fokus kali ini lebih kepada pelaksanaan PATS dan Headcount. Nampaknya tak boleh goyang kaki lah guru-guru tingkatan 6! Apa-apa pun, terimalah tugas ini dengan penuh rasa tanggungjawab... mudah-mudahan keikhlasan kita akan memberi manfaat kepada semua pihak.