Wednesday, June 30, 2010

Lawatan ke Parlimen



Seramai 80 orang pelajar 6 Atas telah mengadakan lawatan ke Parlimen pada hari Selasa, 29 Jun 2010. Lawatan ini dianjurkan oleh KEPTEN dengan tujuan mendedahkan para pelajar akan keadaan sebenar persidangan Dewan Negara dan Dewan Rakyat. Setelah berada selama 1 jam di Dewan Rakyat, satu sesi soal-jawab bersama En. Rashid, Pegawai Perhubungan Awam telah diadakan. Diharapkan pengalaman ini dapat memberi manfaat kepada semua pelajar terlibat.

Karnival Kokurikulum 2010












Karnival Kokurikulum yang bermula pada Jumaat, 25 Jun telah berlangsung dengan jayanya.
Upacara perasmian telah diadakan pada hari Sabtu, dengan kehadiran En. Zamhari Fadzlullah dari PPD Sabak Bernam. Acara yang diadakan adalah gerai jualan, pameran agensi luar, pertandingan permainan dan diakhiri dengan Majlis Diskusi Akademik pada hari Ahad. Tahniah dan syabas kepada semua warga SMK Sungai yang telah menjayakan program ini!

Monday, June 7, 2010

Cuti Pertengahan Tahun

Selamat bercuti diucapkan kepada semua guru dan pelajar SMK Sungai Besar. Walaupun kita bercuti dari hadir ke sekolah, tugas dan tanggungjawab sebagai guru dan pelajar tidak boleh dilupakan... yang pasti guru-guru sibuk menyemak kertas jawapan manakala pelajar pula telah pun dibekalkan dengan tugasan mengikut subjek. Buat guru-guru yang bakal menghadapi peperiksaan Penilaian Tahap Kecekapan (PTK), selamat maju jaya!