Monday, April 25, 2011

Friday, April 22, 2011

Thursday, April 21, 2011

Trip to Perth Slideshow

Trip to Perth Slideshow: "TripAdvisor™ TripWow ★ Trip to Perth Slideshow ★ to Perth. Stunning free travel slideshows on TripAdvisor"

Wednesday, April 20, 2011

Aktiviti Unit Beruniform PPU

Minggu ini aktiviti kokurikulum bagi unit beruniform telah dipenuhi dengan pertandingan memasak masakan rimba. Pelajar-pelajar telah diagihkan kepada beberapa kumpulan dan diberikan resepi masakan yang perlu disediakan, iaitu roti lilit, nasi, dan telur. Kepada para pelajar yang belum pernah mengikuti sebarang perkhemahan,inilah pengalaman pertama mereka memasak nasi dalam buluh dan memasak telur dalam bawang atau kentang! Semoga pengalaman ini dapat menjadi panduan kepada mereka. Syabas dan terima kasih kepada Puan Norhasliza kerana sudi berkongsi ilmu.



























AKTIVITI KOKURIKULUM PPU SMK SG BESAR-MENGHIAS KEK.






Pada 12/4/2011 (Hari Selasa) Pusat Persediaan Universiti(PPU) SMK Sungai Besar telah menjalankan aktiviti Kokurikulum bagi Persatuan Akedemik(Kelab Ekonomi dan Keusahawanan).Aktiviti yang dijalankan ialah aktiviti menghias kek. Terima kasih kepada guru-guru yang telah memberi sumbangan sama ada dari segi tenaga dan material. Pelajar-pelajar nampaknya sungguh seronok dan gembira melakukan aktiviti tersebut. Sebenarnya aktiviti ini bertujuan untuk mengujudkan kerjasama antara pelajar PPU.Selain itu, pelajar-pelajar juga dapat mengalami satu pengalaman yang mungkin tidak pernah dialami oleh mereka.SYABAS KEPADA SEMUA PELAJAR DAN GURU!!!!!

Sunday, April 10, 2011

HARI ANUGERAH KUALITI

Hari Anugerah Kualiti SMK Sungai Besar telah diadakan dengan meriah pada 9 April 2011. Majlis ini diadakan untuk meraikan kejayaan cemerlang pelajar dalam bidang akademik dan kokurikulum. Selain itu, komitmen para guru juga diberi pengiktirafan dengan penganugerahan panitia cemerlang. Tahniah dan syabas diucapkan kepada mereka yang menerima anugerah, tidak lupa kepada AJK Pelaksana yang telah bekerja keras memastikan kelancaran majlis ini.


Tuesday, April 5, 2011

Perjumpaan Guru T6 Dengan PPD

Buat pertama kali semua tenaga pengajar T6 daerah Sabak Bernam berkumpul di Dewan SK Seri Makmur untuk mendengar amanat dari Pn. Hjh Samsiah Dato' Hj. Jamaludin, PPD Sabak Bernam. Selain daripada itu, surat-surat lantikan kumpulan pertama Fasa 2 juga telah disampaikan. Tahniah kepada yang terlantik! InsyaAllah bakal ada lantikan lagi di masa hadapan, kalau ada rezeki, takkan ke mana.... tunggu sajalah waktu dan ketikanya.