Thursday, January 27, 2011

KALENDAR PEPERIKSAAN

MUET PERTENGAHAN TAHUN

Speaking : 4,5,6 April dan 11, 12,13 April
Writing : 23 April 2011

MUET AKHIR TAHUN

Speaking : 11,12,13 Oktober dan 16,19,20 Oktober
Writing : 12 November 2011

STPM

21 November - 15 Disember 2011

Doa Selamat / Tahlil

Satu majlis doa selamat dan tahlil telah diadakan di foyer PPU pada 25 Januari yang lalu sempena perpindahan ke bangunan baru...tidak lupa juga mengenang pemergian arwah Zulhemy Amin pada 19 Januari. Semoga kita semua berada di dalam kesejahteraan, dijauhkan dari segala bala....amin!

Wednesday, January 19, 2011

Alfatihah

Hari ini warga SMK Sg. Besar dikejutkan dengan berita kematian seorang pelajar tingkatan 6A2, Mohd. Zulhelmi Amin bin Mokhtar, akibat kemalangan jalanraya sewaktu dalam perjalanan ke sekolah. Semoga rohnya ditempatkan bersama para solihin...syahid kerana menuntut ilmu! Buat keluarga dan rakan-rakan arwah, redhakanlah pemergiannya....

Tuesday, January 4, 2011

Serah Kunci












Syukur alhamdulillah...akhirnya kunci bangunan PPU telah diserahkan pada hari ini, 4 Januari 2011, setelah setahun menunggu, menunggu dan menunggu! Lihatlah kegirangan tenaga-tenaga pengajar... Diharap perpindahan ke bangunan baru akan memberi semangat baru kepada kita semua. Esok jangan lupa bawa penyapu, vacuum cleaner, kain lap dll...hari Sabtu bersedia untuk pindahkan barang!