Wednesday, July 21, 2010
Kokurilum - St. John Ambulance
Gamat sungguh aktiviti kokurikulum minggu lepas di mana ahli-ahli St. John Ambulance mempelajari teknik melipat kain anduh. Bukan sahaja pelajar, malah guru-guru penasihat juga tekun mempelajarinya ... tiba-tiba teringat pulak kain yang belum dilipat kat rumahtu!!
Monday, July 12, 2010
Kelas@kantin

Pada hari Rabu dan Khamis minggu lalu Pusat Sumber Sekolah telah dijadikan pusat peperiksaan bagi Ujian Lisan Bahasa Melayu SPM Ulangan. Ini bermakna, PSS yang menjadi 'kelas sementara' bagi pelajar-pelajar tingkatan 6 Bawah tidak boleh digunakan ... nampaknya mereka terpaksa menjadi pelarian, mencari tempat sesuai untuk P&P. Cari punya cari, akhirnya kantin juga menjadi sasaran! Lihatlah wajah-wajah riang pelajar 6 Bawah belajar di kantin!
Tuesday, July 6, 2010
Penyelidikan dan Kolokium
Kolokium Pertama telah diadakan pada Isnin, 5 Julai 2010. Sebanyak 4 kumpulan telah membentangkan hasil kajian masing-masing. Mereka terdiri daripada kumpulan di bawah bimbingan En. Mohd. Alias Arsat, Pn. Rusinah Normin, Pn. Hjh Norlala Mohd. Amin dan En. Mohd. Sultan Faudjar.
Walaupun mereka berjaya membuat pembentangan mengikut format yang ditetapkan, masih banyak ruang yang masih dipertingkatkan, terutama dari segi penglibatan audien. Jadi,untuk kumpulan-kumpulan lain, buatlah perancangan dan persediaan yang secukupnya!
Gambar-gambar dan video rakaman akan dimuatnaik tidak lama lagi... tunggu!!!

Subscribe to:
Posts (Atom)