Saturday, March 27, 2010

Kembali ke Sekolah

Salam / Hi,
Selamat kembali ke sekolah! Setelah bercuti selama 9 hari, rasanya ada juga yang liat untuk kembali ke sekolah....maklumlah, dah selesa berehat di rumah @ seronok makan angin! Dengarnya ramai juga kawan-kawan kita yang mengambil kesempatan cuti ini untuk pergi melancong - ada yang ke Sarawak, Kelantan, Langkawi, Johor, malah ada yang sampai ke Australia! Walau apa pun, kita tidak harus lupa untuk meneruskan 'perjuangan yang belum selesai'.
Minggu ini pelajar-pelajar menerima keputusan Ujian bulanan 1 - markah ini akan direkodkan dalam Program Headcount sebagai penanda aras sama ada pelajar dapat mencapai target yang telah mereka tentukan. Andai belum tercapai, usaha dari kedua-dua pelajar dan guru harus dilipatgandakan!
Di sebelah petang pula, aktiviti sukan berjalan seperti yang dirancang. Tapi apa dah jadi pada hari pertama sukantara??? Bilangan pelajar lelaki yang datang hampir sama dengan bilangan guru? Keesokan harinya, perhimpunan khas terpaksa diadakan ... apa lagi, PK Koku kita pun mengamuklah! Tapi pelajar harus sedar ... aktiviti sukan ini diadakan untuk anda semua, cikgu cuma tolong mengendalikannya saja!!
Sukan sukan juga ... pelajaran jangan dilupa! Kelas-kelas skor A tetap berjalan seperti yang dirancang.
Pada tahun ini SMKSB mencipta sejarah dengan mengadakan Sukan Olahraga pada hari Ahad ... jangan ada yang terlupa datang bertugas pulak ye! Setelah letih bertugas di hari minggu, semua warga SMKSB dianugerahkan cuti peristiwa pada hari Isnin. Selamat bersukan dan bercuti!

Monday, March 8, 2010

Ujian Bulanan 1

Mulai esok, 9 Mac hingga 13 Mac, pelajar-pelajar pra-universiti akan menghadapi Ujian Bulanan 1. Seperti yang ditegaskan oleh Pengetua semasa perhimpunan pagi tadi, ujian ini penting untuk menentukan AR1 (actual result 1) dalam program headcount. Diharap semua pelajar telah membuat persediaan yang sepatutnya dan berjaya dengan cemerlang.

Selepas ujian, pelajar bolehlah berehat selama seminggu manakala guru bertungkus-lumus menyemak kertas ujian! Walau apa pun, selamat bercuti untuk semua warga SMK Sungai Besar!

Tuesday, March 2, 2010

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada pelajar-pelajar tingkatan 6 atas serta tenaga-tenaga pengajar kerana telah melaksanakan khidmat masyarakat yang tidak dapat dibayar dengan wang ringgit. Moga keringat yang mengalir akan dibalas suatu hari nanti ... Akhirnya semua kerusi dan meja pelajar berjaya dibawa naik ke kelas di bangunan baru - bangga melihat semangat yang ditunjukkan oleh semua pelajar!

Khidmat Masyarakat - 2 Mac 2010

 
 
 
 
Posted by Picasa

Monday, March 1, 2010