Sunday, May 22, 2011

P&P 6Bawah

Kelas tingkatan 6 Bawah telah bermula pada 18 Mei, selepas menyambut Hari Guru dan bercuti sempena Hari Wesak. Walau bagaimanapun, masih ada lagi pelajar dari luar daerah Sabak Bernam yang datang mendaftar dan masih ada lagi pelajar yang keliru membuat pilihan subjek. Moga-moga mereka ini diberi hidayah, agar dapat membuat pilihan yang tepat demi masa depan mereka.
Pelajar-pelajar yang sudah yakin dengan pilihan mereka nampak begitu bersemangat untuk memulakan pengajian mereka, sehinggakan ada yang memasang lencana terbalik! Pesanan dari tenaga pengajar - teruskan bersemangat, jangan hanya hangat-hangat tahi ayam!

Hari Guru 2011

16 Mei datang lagi! Alhamdulillah,hari keramat warga pendidik dapat disambut sekali lagi. Walaupun di tengah-tengah musim peperiksaan Hari Guru 2011 tetap disambut meriah dengan kehadiran En. Muslimin (wakil YB Puan Hajjah Noriah Kasnon), Sp. Tuan Musshar (Ketua Polis Daerah)dan Tn. Hj. Ismail Sajat (wakil PPD).
Majlis dimulai dengan nyanyian Guru Malaysia oleh hampir 170 orang guru SMKSB, diikuti bacaan ikrar. Persembahan pelajar dan guru-guru praktikum menyusul selepas bacaan perutusan daripada Perdana Menteri, Menteri Pelajaran dan Ketua Pengarah Pelajaran.
Khabarnya pihak penganjur mendapat banyak sumbangan pada tahun ini...mudah-mudahan mereka yang berkenaan akan dimurahkan rezeki! Tidak lupa juga ucapan penghargaan diberikan kepada mereka yang telah menghantar kek pada hari tersebut, iaitu YB Puan Hajjah Noriah, YB Dato Seri Mohd Khir, Bank Rakyat ("saya mesti pilih!") dan Puan Hajjah Hamidah (dari Midah Bakery!).
Syabas kepada pihak penganjur dan SELAMAT HARI GURU!






Saturday, May 21, 2011

Pendaftaran Pelajar 6 Bawah 2011 & Minggu Orientasi

Pada 9 Mei yang lalu PPUSMKSB menerima hampir 100 orang pelajar baru yang menerima tawaran kemasukan ke Tingkatan 6 Bawah. Tahniah diucapkan kepada yang telah terpilih dan warga PPUSMKSB mengalu-alukan kedatangan anda semua.
Bermula dari 9 Mei hingga 13 Mei, pelajar-pelajar baru ini telah melalui Minggu Orientasi yang bertujuan mendedahkan mereka dengan persekitaran dan program pembelajaran yang baru. Majlis penutup telah dihadiri Pn. Hjh Zuraidah Mohd. Sanif, Pengetua SMKSB.











Thursday, May 5, 2011

MINGGU ORIENTASI T6 BAWAH 2011

JADUAL ORIENTASI 2011.xlsx

Kemasukan Pelajar 6 Bawah 2011

Para pelajar boleh menyemak status anda di : www.moe.gov.my dan kemudian klik pada Tingkatan 6 Bawah (Kemasukan) (di bahagian bawah). Isikan no kad pengenalan anda dan sekiranya berjaya, cetak surat tawaran tersebut untuk dibawa ketika pendaftaran. Pendaftaran di PPU SMKSB ialah pada 9 Mei 2011, jam 8.30 pagi.

Tuesday, May 3, 2011

Persaraan



Tanggal 29 April 2011 adalah tarikh keramat buat En. Mohd. Aziz bin Hassan, salah seorang tenaga pengajar PPU bagi subjek Seni visual kerana pada hari ini beliau menamatkan perkhidmatan sebagai penjawat awam. Beliau merupakan salah seorang guru yang paling lama berkhidmat di SMK Sungai Besar, maka wajarlah banyak sekali kenangan dan budi yang telah ditaburkan di sekolah ini. Semasa perkhidmatannya, beliau dikenali sebagai seorang yang kreatif, penyabar dan ringan tulang. Persaraan En. Mohd. Aziz adalah kehilangan besar buat SMK Sg. Besar!
Selain daripada En. Mohd. Aziz, seorang lagi warga SMKSB juga akan menamatkan perkhidmatannya, iaitu En. Mohd Salleh @ Wak Leh. Kedua-dua mereka adalah orang penting dalam menceriakan persekitaran sekolah. Jika tak percaya, lihatlah mural dan projek-projek keceriaan di sini... hampir kesemuanya adalah hasil tangan mereka berdua!
Akhir kata, selamat bersara buat mereka berdua... semoga hari mendatang lebih membahagiakan anda!