Saturday, February 27, 2010

MERENTAS DESA & KEPUTUSAN STPM 2009

Hari Merentas Desa SMK Sungai Besar telah diadakan dengan pada 25 Februari 2010 dengan keputusan rumah Pesona mengungguli kategori A, seterusnya dinobatkan sebagai Johan keseluruhan. Tahniah! Rumah-rumah lain juga wajar diberikan ucapan tahniah kerana mereka telah menunjukkan semangat kesukanan yang sangat tinggi... tidak lupa juga kepada guru-guru serta AJK tingkatan 6 yang telah bertungkus-lumus menjayakan pertandingan ini. Sekalung tahniah untuk semua warga SMKSB!

Tepat jam 11.30 pagi, Tuan Hj. Mohd. Yaakub pulang dari PPD, membawa keputusan rasmi STPM 2009. Sementara menunggu proses fotostat, guru-guru subjek menunggu di bilik PIBG. Jelas keresahan terpancar di wajah mereka ... apa tidaknya, keputusan pelajar secara tidak langsung membayangkan keberkesanan pengajaran guru.

Alhamdulillah, analisis mendapati SMKSB telah mencapai 100%! Bukan itu sahaja, malah kesemua subjek telah menunjukkan peningkatan yang sangat memberangsangkan ... tambah manis apabila ada pelajar yang mendapat 4 flat! Tahniah buat pelajar yang cemerlang serta tahniah juga buat guru-guru yang telah berjaya melahirkan pelajar-pelajar cemerlang! Semoga mereka akan lebih cemerlang di masa akan datang. Buat pelajar-pelajar yang kurang cemerlang, teruskan usaha anda tanpa jemu ... rezeki ada di mana-mana.

Friday, February 26, 2010

Saturday, February 13, 2010

PATS

Guru-guru yang dihormati,
Silalah download borang PP1 yang diperlu dilengkapkan setiap kali mengadakan tutorial atau kelas Skor A.
Selamat menjalankan tugas!
Borang PP1.xls

Thursday, February 11, 2010

Sunday, February 7, 2010

Saturday, February 6, 2010

Mesyuarat PIBG ke 37

Mesyuarat PIBG kali ke 37 telah diadakan pada 6 Februari 2010. Majlis perasmian telah dilaksanakan oleh Tuan Hj. Bajuri b. Abdullah, Timbalan Pengarah Pelajaran Negeri Selangor, juga adalah mantan Pengetua SMK Sg. Besar. Mesyuarat yang diterajui oleh Yang Dipertua PIBG, Dato Hj. Ramli bin Norani telah berjalan lancar. Semoga segala yang dirancang untuk tahun ini juga dapat dilaksanakan dengan jayanya.

Thursday, February 4, 2010

Peruntukan sukan dan kokurikulum

Utusan Malaysia Online - Terkini

Skor A - STPM

Kelas Skor A untuk calon-calon STPM 2010 bermula hari ini! Diharap semua pelajar dan tenaga pengajar telah siapsiaga untuk berjuang...

Wednesday, February 3, 2010

Borang PATS

Kepada semua tenaga pengajar tingkatan 6, sila download borang-borang PATS di bawah. Tarikh penghantaran : 12 Mac 2010.

http://www.4shared.com/file/214198787/92fc3c0e/INSTRUMEN_PATS.html
http://www.4shared.com/file/214199496/461ae4e5/PATS_1.html

Kokurikulum (2)

Hari ini, 3 Feb. 2010, adalah hari aktiviti kokurikulum untuk kelab sukan dan permainan. Tepat jam 2.30 petang, taklimat guru-guru tingkatan 6 diadakan di Bilik Galeri bagi menyelaraskan perjalanan kelas Skor A untuk calon-calon STPM 2010. Sementara itu, Tn. Hj Radhi memberikan taklimat kepada pelajar-pelajar di Dewan Bestari. Apabila pelajar-pelajar arus perdana tiba barulah aktiviti dimulakan, iaitu senamrobik dan nyanyian lagu-lagu patriotik. Kemudian pelajar-pelajar meneruskan aktiviti kelab masing-masing di bawah bimbingan guru-guru penasihat.