Thursday, February 24, 2011

Program Mentor-Mentee

Tenaga pengajar PPU SMKSB sentiasa bersemangat membantu pelajar-pelajar yang memerlukannya, oleh itu program mentor-mentee telah dilancarkan pada hari Khamis, 24 Februari 2011. Satu majlis ringkas penyerahan mentee kepada mentor masing-masing telah diadakan pada hari ini. Diharapkan program ini dapat membantu para pelajar berkenaan mempertingkatkan prestasi mereka dari segi akademik, seterusnya cemerlang dalam peperiksaan STPM 2011.





















Wednesday, February 23, 2011

SMK SUNGAI BESAR - SENARAI PELAJAR CEMERLANG STPM 2010

1 NG TIAN PENG 4.00
2 WONG WIN NEY 3.84
3 NG NOK KEE 3.83
4 NORSAFIQAH BT ISHAK 3.75
5 KHAIRUN NAJWA BT HARUN 3.75
6 NOR SHAHIDA ADILLA BT SHAHMUDIN 3.67
7 AFIQAH BT MOHAMAT SAMAN 3.59
8 ABDUL AZIM B ABDUL RAIS 3.58
9 HING SHU MIN 3.58
10 TAN CHE MEAN 3.50
11 HEA SHI CHIAN 3.42
12 BEH YAN PENG 3.42
13 LEONG CHAN MIN 3.42
14 KHAIRUL NIZAM B AHMAD KAMARI 3.42
15 NORUL SAHADDAH BT MOKHTAR 3.34
16 AZIZI HANAFI B MOHD TAHIR 3.33
17 NOOR ASYIKIN BT MOHD SARIF 3.25
18 NORFAREHA BT MOHD SALEH 3.25
19 LEE SHEE TEEN 3.25
20 EWE MEI YAN 3.25
21 TAN ENG LOO 3.24
22 YEOH CHEW HENG 3.17
23 TENG POH WEI 3.17
24 NOORUL NAZWA AIZAT BT MOHD MOHYI 3,17
25 NORFARAHIN BT MOHD SALEH 3.17
26 NORAZLIN BT MOHD JAMIL 3.17
27 MOHD FAIZAL B MD YAACOB 3.17
28 MOHD MUZAIME NOR B MOHHAJIR 3.08
29 NG POO PENG 3.08
30 SALLY LOO SHU YI 3.08
31 NUR NIRWANA AINAA BT MD JAMIL AKHIR 3.00

Tuesday, February 22, 2011

Keputusan STPM 2010

Analisis Peperiksaan STPM 2010

Tahniah dan syabas diucapkan kepada calon-calon STPM 2010 yang telah berjaya dengan cemerlang, sekaligus mengharumkan nama SMK Sg. Besar kerana SMKSB berada di tempat teratas di Sabak Bernam. Seorang pelajar aliran Sains, Ng Tian Peng, berjaya meraih 4A dengan PNGK 4.00 manakala 30 orang lagi mendapat PNGK 3.00 ke atas... hebat! Semoga kejayaan mereka ini memberi suntikan semangat kepada calon-calon SPTM 2011!


Buat semua tenaga pengajar dan warga SMKSB, jasamu tetap dikenang dan mudah-mudahan mendapat ganjaran yang sebaik-baiknya. Tanpamu, siapalah mereka.... teruskan mencurah ilmu, demi kejayaan anak bangsa!

Analisis sepintas lalu......

1. Pengajian Am - 97.92% / GRED PURATA 3.05
2. Bahasa Melayu - 61.90%/ 1.97
3. Sejarah - 90.00% / 2.89
4. P. Perniagaan - 96.67% / 2.95
5. Geografi - 87.50% / 2.71
6. Ekonomi - 73.17% / 2.41
7. K. Melayu - 100.00% / 2.98
8. Matematik T - 27.27% / 1.39
9. Fizik - 50.00% / 1.39
10.Kimia - 27.27% / 2.07
11.Biologi - 20.00% / 1.60
12.Matematik S - 72.73% / 2.18
13.Seni visual - 100.00% / 3.17
14.Sains Sukan - 92.86% / 2.81
15.Bahasa Tamil - 100.00% / 3.67

PURATA NILAI GRED KESELURUHAN (PNGK) 2010 = 2.60

Friday, February 18, 2011

Keputusan STPM 2010

Keputusan STPM 2010 akan diumumkan pada hari Isnin, 21 Februari 2011. Semua calon dibenarkan mengambil keputusan di Foyer Bangunan PPU, SMKSB mulai jam 11 pagi. Sila pastikan anda membawa cukup wang (sekiranya masih berhutang)dan menerima semua bahan yang sepatutnya ( slip keputusan, sijil berhenti, surat akuan, sijil koko, buku akaun biasiswa dsb). Guru-guru juga telah bermurah hati menyediakan sedikit jamuan pada hari tersebut, oleh itu anda dinasihati datang awal! Semoga anda semua mencapai keputusan yang cemerlang .... kejayaan anda adalah kebanggaan kami!

Wednesday, February 9, 2011

Gotong-royong 3 (8 Februari 2011)

Ceramah Motivasi 1

Ceramah motivasi yang pertama telah diadakan pada hari Selasa, 8 Februari di makmal KBSM. Kelihatan bersemangat sungguh pelajar-pelajar PPU mengikuti ceramah tersebut, ditambah dengan semangat yang disuntik oleh penceramah jemputan, Tn. Hj. Ahmad Zamri bin Shamsudin. Semoga semua pelajar mendapat manfaat...