Wednesday, April 20, 2011

Aktiviti Unit Beruniform PPU

Minggu ini aktiviti kokurikulum bagi unit beruniform telah dipenuhi dengan pertandingan memasak masakan rimba. Pelajar-pelajar telah diagihkan kepada beberapa kumpulan dan diberikan resepi masakan yang perlu disediakan, iaitu roti lilit, nasi, dan telur. Kepada para pelajar yang belum pernah mengikuti sebarang perkhemahan,inilah pengalaman pertama mereka memasak nasi dalam buluh dan memasak telur dalam bawang atau kentang! Semoga pengalaman ini dapat menjadi panduan kepada mereka. Syabas dan terima kasih kepada Puan Norhasliza kerana sudi berkongsi ilmu.



























1 comment:

athifah kadir said...

masakan rimba yang best !