Thursday, November 8, 2012

Penutup 2012

Setelah sekian lama berehat dari menulis blog, akhirnya saya kembali untuk menutup tirai sesi persekolahan 2012. Sebelum itu saya ingin kongsikan beberapa berita dan peristiwa yang telah berlaku.
Pada 14 dan 15 julai 2012, PPUSMKSB sekali lagi telah menganjurkan Perkhemahan Perdana untuk para pelajar tingkatan 6 Atas. Kali ini lokasi yang dipilih adalah Homestay Sungai Sireh, Tanjug Karang. Pelabagai aktiviti telah dilaksanakan seperti pertandingan memasak, explorace, ceramah motivasi, jungle trekking, berbasikal dan lawatan. Kesimpulannya, kesemua peserta berpuashati dengan pengalaman baru yang mereka alami.




































Pada bulan Ramadhan yang lalu, seorang pelajar 6 Bawah telah meninggal dunia akibat kemalangan jalanraya...Alfatihah untuk allahyarham

Ujian bulanan dan peperiksaan percubaan STPM telah dijalankan seperti yang dirancang. Satu majlis Anugerah Kecemerlangan Akademik telah diadakan bagi mengiktiraf peningkatan prestasi pelajar, selain memberi semangat kepada pelajar yang belum menyerlah.












Inilah wajah tenaga-tenaga pengajar PPUSMKSB tahun 2012. Syabas dan teruskan perjuangan demi agama, bangsa dan negara!


Dan ini pula adalah wajah-wajah batch terakhir STPM 2012. Diharap mereka dapat meraih kecemerlangan. Selepas ini, sistem modular akan menggantikan yang lama dan batch pertama telah pun menduduki peperiksaan dari 5 hingga 8 November 2012. Diharap mereka juga mampu mencapai kejayaan yang cemerlang.






No comments: