Showing posts with label kokurikulum. Show all posts
Showing posts with label kokurikulum. Show all posts

Tuesday, March 29, 2011

Koko 29 Mac 2011

Meriah sungguh suasana di makmal PPU .... manakan tidak, pelajar dan guru sama-sama belajar menjahit manik! Walau pun aktiviti ini tidak seperti aktiviti kokurikulum yang lain, ia tetap memberi manfaat kepada semua, terutama kaum hawa. Terima kasih diucapkan kepada Pn. Rusinah Normin, selaku tenaga pengajar dan Pn. Ahdah, selaku penaja hadiah pada hari ini. Saksikanlah kemeriahannya....





Thursday, August 12, 2010

Pertandingan Pantun
























Pertandingan pantun di antara kelas-kelas 6 Bawah telah berjalan dengan meriah pada Selasa, 10 Ogos yang lalu.
Syabas kepada semua peserta atas daya inisiatif, dan tahniah kepada tingkatan 6B2 yang telah mengungguli pertandingan ini. Tidak lupa juga penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada AJK pelaksana pertandingan serta para hakim.

Saturday, April 3, 2010

Pertandingan Kokurikulum

Minggu pertama penggal ke2 semester 1 agak sebok dengan pertandingan peringkat daerah. Mula-mula pertandingan bola sepak, diikuti bolajaring peringkat daerah (SMKSB mendapat naib johan), seterusnya hoki (naib johan) dan yang terakhir pertandingan catur di mana wakil SMKSB membolot tempat johan dan naib johan bagi kategori bawah 18 tahun. Tahniah diucapkan kepada pemenang dan tidak lupa kepada guru-guru pengiring dan jurulatih.
Di samping kesebokan sekolah menjadi tuanrumah untuk Pertandingan Catur, pertandingan English Week tetap berjalan seperti yang dirancang. Pertandingan ini dijalankan di sebelah petang, bermula dengan Public Speaking pada hari Selasa, Spelling Competition hari Rabu, Scrabble hari Khamis dan Reading Competition hari Jumaat. Sambutan dari para pelajar amat menggalakkan, tidak kira dari tingkatan 3, 4, 5, maupun 6. Tahniah kepada yang menang dan diharap pelajar yang kalah tidak akan berputus asa.

Monday, January 18, 2010

Mesyuarat Kokurikulum

Mesyuarat Agung kelab dan persatuan telah diadakan seperti berikut :

Rabu : Unit beruniform
Khamis : Kelab Sukan dan Permainan
Jumaat : Persatuan akademik dan non-akademik

Pelajar-pelajar Tingkatan 6 tidak ketinggalan dalam mesyuarat tersebut. Sebagai tambahan, mesyuarat KEPTEN telah diadakan. Kali ini, mesyuarat diterajui oleh penasihat baru, iaitu Tn. Hj. Mohd. Yusuf Samdin. Selain itu, mesyuarat rumah sukan juga telah diadakan bagi memilih AJK yang bakal menerajui rumah sukan aliran perdana.