Showing posts with label peristiwa. Show all posts
Showing posts with label peristiwa. Show all posts

Sunday, May 22, 2011

Hari Guru 2011

16 Mei datang lagi! Alhamdulillah,hari keramat warga pendidik dapat disambut sekali lagi. Walaupun di tengah-tengah musim peperiksaan Hari Guru 2011 tetap disambut meriah dengan kehadiran En. Muslimin (wakil YB Puan Hajjah Noriah Kasnon), Sp. Tuan Musshar (Ketua Polis Daerah)dan Tn. Hj. Ismail Sajat (wakil PPD).
Majlis dimulai dengan nyanyian Guru Malaysia oleh hampir 170 orang guru SMKSB, diikuti bacaan ikrar. Persembahan pelajar dan guru-guru praktikum menyusul selepas bacaan perutusan daripada Perdana Menteri, Menteri Pelajaran dan Ketua Pengarah Pelajaran.
Khabarnya pihak penganjur mendapat banyak sumbangan pada tahun ini...mudah-mudahan mereka yang berkenaan akan dimurahkan rezeki! Tidak lupa juga ucapan penghargaan diberikan kepada mereka yang telah menghantar kek pada hari tersebut, iaitu YB Puan Hajjah Noriah, YB Dato Seri Mohd Khir, Bank Rakyat ("saya mesti pilih!") dan Puan Hajjah Hamidah (dari Midah Bakery!).
Syabas kepada pihak penganjur dan SELAMAT HARI GURU!






Tuesday, May 3, 2011

Persaraan



Tanggal 29 April 2011 adalah tarikh keramat buat En. Mohd. Aziz bin Hassan, salah seorang tenaga pengajar PPU bagi subjek Seni visual kerana pada hari ini beliau menamatkan perkhidmatan sebagai penjawat awam. Beliau merupakan salah seorang guru yang paling lama berkhidmat di SMK Sungai Besar, maka wajarlah banyak sekali kenangan dan budi yang telah ditaburkan di sekolah ini. Semasa perkhidmatannya, beliau dikenali sebagai seorang yang kreatif, penyabar dan ringan tulang. Persaraan En. Mohd. Aziz adalah kehilangan besar buat SMK Sg. Besar!
Selain daripada En. Mohd. Aziz, seorang lagi warga SMKSB juga akan menamatkan perkhidmatannya, iaitu En. Mohd Salleh @ Wak Leh. Kedua-dua mereka adalah orang penting dalam menceriakan persekitaran sekolah. Jika tak percaya, lihatlah mural dan projek-projek keceriaan di sini... hampir kesemuanya adalah hasil tangan mereka berdua!
Akhir kata, selamat bersara buat mereka berdua... semoga hari mendatang lebih membahagiakan anda!