Saturday, March 27, 2010

Kembali ke Sekolah

Salam / Hi,
Selamat kembali ke sekolah! Setelah bercuti selama 9 hari, rasanya ada juga yang liat untuk kembali ke sekolah....maklumlah, dah selesa berehat di rumah @ seronok makan angin! Dengarnya ramai juga kawan-kawan kita yang mengambil kesempatan cuti ini untuk pergi melancong - ada yang ke Sarawak, Kelantan, Langkawi, Johor, malah ada yang sampai ke Australia! Walau apa pun, kita tidak harus lupa untuk meneruskan 'perjuangan yang belum selesai'.
Minggu ini pelajar-pelajar menerima keputusan Ujian bulanan 1 - markah ini akan direkodkan dalam Program Headcount sebagai penanda aras sama ada pelajar dapat mencapai target yang telah mereka tentukan. Andai belum tercapai, usaha dari kedua-dua pelajar dan guru harus dilipatgandakan!
Di sebelah petang pula, aktiviti sukan berjalan seperti yang dirancang. Tapi apa dah jadi pada hari pertama sukantara??? Bilangan pelajar lelaki yang datang hampir sama dengan bilangan guru? Keesokan harinya, perhimpunan khas terpaksa diadakan ... apa lagi, PK Koku kita pun mengamuklah! Tapi pelajar harus sedar ... aktiviti sukan ini diadakan untuk anda semua, cikgu cuma tolong mengendalikannya saja!!
Sukan sukan juga ... pelajaran jangan dilupa! Kelas-kelas skor A tetap berjalan seperti yang dirancang.
Pada tahun ini SMKSB mencipta sejarah dengan mengadakan Sukan Olahraga pada hari Ahad ... jangan ada yang terlupa datang bertugas pulak ye! Setelah letih bertugas di hari minggu, semua warga SMKSB dianugerahkan cuti peristiwa pada hari Isnin. Selamat bersukan dan bercuti!

No comments: