Sunday, April 10, 2011

HARI ANUGERAH KUALITI

Hari Anugerah Kualiti SMK Sungai Besar telah diadakan dengan meriah pada 9 April 2011. Majlis ini diadakan untuk meraikan kejayaan cemerlang pelajar dalam bidang akademik dan kokurikulum. Selain itu, komitmen para guru juga diberi pengiktirafan dengan penganugerahan panitia cemerlang. Tahniah dan syabas diucapkan kepada mereka yang menerima anugerah, tidak lupa kepada AJK Pelaksana yang telah bekerja keras memastikan kelancaran majlis ini.


No comments: