Tuesday, May 3, 2011

Persaraan



Tanggal 29 April 2011 adalah tarikh keramat buat En. Mohd. Aziz bin Hassan, salah seorang tenaga pengajar PPU bagi subjek Seni visual kerana pada hari ini beliau menamatkan perkhidmatan sebagai penjawat awam. Beliau merupakan salah seorang guru yang paling lama berkhidmat di SMK Sungai Besar, maka wajarlah banyak sekali kenangan dan budi yang telah ditaburkan di sekolah ini. Semasa perkhidmatannya, beliau dikenali sebagai seorang yang kreatif, penyabar dan ringan tulang. Persaraan En. Mohd. Aziz adalah kehilangan besar buat SMK Sg. Besar!
Selain daripada En. Mohd. Aziz, seorang lagi warga SMKSB juga akan menamatkan perkhidmatannya, iaitu En. Mohd Salleh @ Wak Leh. Kedua-dua mereka adalah orang penting dalam menceriakan persekitaran sekolah. Jika tak percaya, lihatlah mural dan projek-projek keceriaan di sini... hampir kesemuanya adalah hasil tangan mereka berdua!
Akhir kata, selamat bersara buat mereka berdua... semoga hari mendatang lebih membahagiakan anda!

No comments: