Saturday, February 27, 2010

MERENTAS DESA & KEPUTUSAN STPM 2009

Hari Merentas Desa SMK Sungai Besar telah diadakan dengan pada 25 Februari 2010 dengan keputusan rumah Pesona mengungguli kategori A, seterusnya dinobatkan sebagai Johan keseluruhan. Tahniah! Rumah-rumah lain juga wajar diberikan ucapan tahniah kerana mereka telah menunjukkan semangat kesukanan yang sangat tinggi... tidak lupa juga kepada guru-guru serta AJK tingkatan 6 yang telah bertungkus-lumus menjayakan pertandingan ini. Sekalung tahniah untuk semua warga SMKSB!

Tepat jam 11.30 pagi, Tuan Hj. Mohd. Yaakub pulang dari PPD, membawa keputusan rasmi STPM 2009. Sementara menunggu proses fotostat, guru-guru subjek menunggu di bilik PIBG. Jelas keresahan terpancar di wajah mereka ... apa tidaknya, keputusan pelajar secara tidak langsung membayangkan keberkesanan pengajaran guru.

Alhamdulillah, analisis mendapati SMKSB telah mencapai 100%! Bukan itu sahaja, malah kesemua subjek telah menunjukkan peningkatan yang sangat memberangsangkan ... tambah manis apabila ada pelajar yang mendapat 4 flat! Tahniah buat pelajar yang cemerlang serta tahniah juga buat guru-guru yang telah berjaya melahirkan pelajar-pelajar cemerlang! Semoga mereka akan lebih cemerlang di masa akan datang. Buat pelajar-pelajar yang kurang cemerlang, teruskan usaha anda tanpa jemu ... rezeki ada di mana-mana.

3 comments:

aneducator said...

siapa dapat 4flat tu?

Teacher Farizah said...

Hawa, dah tau kan Lee Sin Ee yg dpt 4 flat... you too, can be like her!

aneducator said...

I'm trying....