Wednesday, February 3, 2010

Kokurikulum (2)

Hari ini, 3 Feb. 2010, adalah hari aktiviti kokurikulum untuk kelab sukan dan permainan. Tepat jam 2.30 petang, taklimat guru-guru tingkatan 6 diadakan di Bilik Galeri bagi menyelaraskan perjalanan kelas Skor A untuk calon-calon STPM 2010. Sementara itu, Tn. Hj Radhi memberikan taklimat kepada pelajar-pelajar di Dewan Bestari. Apabila pelajar-pelajar arus perdana tiba barulah aktiviti dimulakan, iaitu senamrobik dan nyanyian lagu-lagu patriotik. Kemudian pelajar-pelajar meneruskan aktiviti kelab masing-masing di bawah bimbingan guru-guru penasihat.

No comments: