Tuesday, January 26, 2010

Motivasi T6

Program Motivasi Pelajar Untuk Kecemerlangan STPM 2010 telah diadakan pada 25 Januari 2010 di Dewan Bestari dari jam 10.30 pagi hingga 1.10 tengahari.
Slot pertama dikendalikan oleh Tn. Hj. Mohd. Alias Saat. Para pelajar diberikan panduan mengisi borang headcount dan PATS berdasarkan keputusan peperiksaan akhir tahun 2009. Seterusnya, para pelajar menetapkan sasaran yang ingin dicapai dalam peperiksaan akan datang, dan yang paling penting STPM 2010.
Slot kedua dikendalikan oleh kaunselor, Pn. Rohaidah Md. Yassin. Adalah diharapkan para pelajar dapat menentukan hala tuju mereka selepas peperiksaan STPM nanti ... agar mereka semua mempunyai matlamat hidup, dan bukannya bergantung kepada nasib semata-mata!
Slot terakhir yang dikendalikan oleh ketua kaunselor, Pn. Izzah Supeni memberikan maklumat terkini mengenai peluang melanjutkan pelajaran ke institusi pengajian tinggi di Malaysia... apa yang pasti, semua pelajar mesti mempunyai hasrat dan cita-cita untuk belajar di universiti!
Kesimpulannya, calon-calon STPM 2010 harus menetapkan halatuju masing-masing demi mencapai kecemerlangan diri yang mutlak.





No comments: