Wednesday, January 27, 2010

Kokurikulum (1)









Aktiviti kokurikulum kali pertama untuk sesi persekolahan 2010 telah diadakan pada 27 Januari, bertempat di Dewan Bestari. Tepat jam 2.30 petang, guru-guru telah berkumpul di dewan dengan penuh semangat... malangnya, hanya beberapa kerat pelajar yang kelihatan! Setelah menunggu beberapa minit, kami berjaya mengumpulkan 21 orang daripada 90++ jumlah keseluruhan ... amat menyedihkan! Walau bagaimana pun, aktiviti tetap berjalan sambil pelajar beransur-ansur masuk ke dewan. Tuan Hj. Radhi telah memberikan taklimat ringkas dan diikuti dengan taklimat oleh Puan Zeta Ahtar, selaku ketua guru penasihat Kelab Penyelidikan.

Tepat jam 3 petang, pelajar tingkatan 6 ikut serta dalam aktiviti senamrobik bersama-sama para pelajar arus perdana. Dewan digamatkan dengan kemeriahan guru dan pelajar bersenam, tapi bukan itu sahaja.... dewan tambah gamat dengan nyanyian lagu Keranamu Malaysia. Wah, nampak bersemangat sungguh pelajar-pelajar SMKSB! Tahniah! Tahniah!

Sebaik sahaja selesai nyanyian lagu tersebut, kami dikejutkan dengan kehadiran Sarjan Mohd. Nor.... ingatkan nak buat spot check! Rupa-rupanya beliau hadir untuk memberikan taklimat dan peringatan kepada semua pelajar .... almaklumlah, sejak akhir-akhir ini banyak kes yang melibatkan pelajar sekolah telah berlaku di tempat kita. Nauzubillah... moga keluarga kita dijauhkan dari perkara-perkara buruk.

Setelah tamat taklimat dari Sarjan Mohd. Nor barulah aktiviti Kelab Penyelidikan dapat diteruskan bersama guru pembimbing masing-masing sehingga jam 5.10 petang.

No comments: