Saturday, January 16, 2010

Mukaddimah PPU

Salam / hi,

Selamat datang 2010... selamat kembali ke sekolah tercinta, SMK Sungai Besar. Pastinya di awal tahun begini, ramai di antara kita yang mempunyai azam baru, selain daripada memperjuangkan azam-azam lama yang masih belum mampu direalisasikan. Semoga tahun 2010 membuka ruang dan peluang untuk kita semua memperbaiki diri dan seterusnya mencapai apa yang dihajatkan dan diusahakan selama ini.
Dengan ketibaan 2010, SMK Sungai Besar akan mencipta sebuah sejarah .... penjenamaan Pusat Persediaan Universiti! Walaupun premis belum siap sepenuhnya, sesi pengajian tetap diteruskan seperti yang dirancang. Beberapa siri mesyuarat dan taklimat telah diadakan bagi memantapkan lagi program ini.

Taklimat pertama telah diadakan pada Selasa, 5 Januari 2010 di Bilik Galeri. Di antara perkara yang telah dibincangkan adalah jadual waktu, carta organisasi serta pengurusan 4 buah folio. Menurut Penolong Kanan T6 ( Penolong Pengarah Kanan ), Tn. Hj. Mohd. Alias Saat, penjenamaan PPU ini akan menaiktaraf perjawatan tenaga pengajar, selain daripada menaiktaraf prasarana. Oleh itu, tenaga pengajar haruslah menambahbaik kaedah P&P agar setaraf dengan pendidikan di universiti. Antara yang paling ketara adalah penggunaan folio bagi menggantikan Buku Persediaan Mengajar.




Kursus Pengurusan Ting. 6 diadakan pada Sabtu, 9 Januari dari 8.30 pagi hingga 12.30 tengahari. Bersemangat sungguh tenaga pengajar PPU di SMK Sg. Besar, yang diketuai oleh Tn. Hj. Mohd. Alias! Semua tenaga pengajar diterangkan dengan jelas akan halatuju Tingkatan 6, jangkaan dan harapan serta perincian tugas guru. Sesi kedua diteruskan dengan taklimat Penulisan Ilmiah kerana bukan sahaja pelajar, malah tenaga pengajar juga dikehendakki menghasilkan 1 kertas projek dalam setahun... nampaknya sudah ada guru yang berangan-angan memilih tajuk seperti benih sawit mandul! Boleh terima ke?!? Seterusnya adalah taklimat Pengurusan dan Pelaksanaan Kokurikulum dan akhir sekali Pengurusan Folio dan Sistem Fail.
Mesyuarat Pengurusan Ting. 6 kali kedua diadakan pada Rabu, 13 Januari jam 3 petang hingga 5 petang. Fokus kali ini lebih kepada pelaksanaan PATS dan Headcount. Nampaknya tak boleh goyang kaki lah guru-guru tingkatan 6! Apa-apa pun, terimalah tugas ini dengan penuh rasa tanggungjawab... mudah-mudahan keikhlasan kita akan memberi manfaat kepada semua pihak.









1 comment:

Teacher Farizah said...

bravo! harap kekal bersemangat menjlnkan tugas.